dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batas Lintang, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Dun Simpang Empat

17 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Julai 2016 telah berlangsung Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri DUN Simpang Empat bertempat di perkarangan Dewan Batas Lintang dan Pusat Internet 1 Malaysia Batas Lintang. Majlis ini adalah anjuran YB Tuan Nurulhisham bin Yaakob dan pejabat DUN Simpang Empat bertujuan mengeratkan silatulrahim sesama masyarakat sekitar Simpang Empat Perlis sempena sambutan Aidilfitri.

Pusat Internet 1 Malaysia Perlis juga mengambil peluang dengan kehadiran pengunjung ke majlis ini dengan memeriahkan majlis dengan menganjurkan pelbagai aktiviti seperti tayangan video advokasi Klik dengan Bijak, sumbangan Kupon Raya dan permainan Wordsearch KDB kepada pengunjung yang singgah ke Pusiat Internet 1 Malaysia. Mereka juga diberi pendedahan tentang panduan menggunakan internet dengan betul. Tambahan aktiviti ini juga dapat mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.