dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batas Lintang, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Webinar Perlindungan Siber dan Ancaman Penggodam

11 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 10 May 2025, Staf NADI telah menyediakan tempat webinar kepada peserta yang bertajuk Perlindungan Siber dan Ancaman Penggodam kepada komuniti. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pengajaran dan pendedahan tentang keselamatan siber dan sindiket yang tidak bertanggungjawab dalam menggodam aplikasi bagi tujuan tertentu yang boleh membahayakan seseorang dengan pendedahan data.

Selain itu, komuniti juga diberi taklimat oleh staf NADI berkenaan dengan Keselamatan Dalam Talian serta memberi sedikit sebanyak tentang inisiatif MCMC dalam meningkatkan keselamatan internet pada era serba canggih kini.

Sehubungan dengan itu, program ini juga diadakan untuk meningkatkan kerjasama antara NADI dan komuniti agar penduduk luar bandar tidak ketinggalan dalam mempelajari segala kemudahan ICT dan sebagainya yang telah diadakan di NADI kepada komuniti.

Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara..