Live Class Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik (DiLea)
11 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Mei 2025, Staf NADI telah mengadakan webinar secara serantak subjek bahasa melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik kepada komuniti yang berminat untuk turut serta di NADI Batas Lintang. Tujuan webinar ini diadakan adalah untuk memberikan pendidikan kepada peserta secara percuma dan komuniti yang kurang berkemampuan untuk turut belajar di atas talian.
Selain itu, webinar ini juga memberikan pengajaran tentang subjek yang penting ketika peperiksaan. Hal ini kerana bahasa melayu adalah subjek penting untuk pelajar lulus agar memperolehi keputusan cemerlang di masa hadapan.
Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: