Sign Up Yahoo Account @ Komuniti Madani
4 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 3 May 2025, Staf NADI telah mengadakan perjumpaan bersama Komuniti Madani iaitu penduduk Kampung Simpang Empat. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pengajaran tentang cara mendaftar akaun emel Yahoo kepada komuniti agar memudahkan urusan harian mereka seperti pendaftaran darjah 1 (IDME) yang memerlukan pengaktifan melalui emel sebelum urusan pendaftaran diteruskan.
Selain itu, program ini juga diadakan untuk meningkatkan kerjasama antara NADI dan komuniti agar penduduk luar bandar tidak ketinggalan dalam mempelajari segala kemudahan ICT dan sebagainya yang telah diadakan di NADI kepada komuniti.
Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: