dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batas Lintang, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

KEMPEN INTERNET SELAMAT @ UNIMAP PAUH

19 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Jun 2025, NADI dan pihak MCMC telah berkerjasama dalam mengadakan Kempen Internet Selamat anjuran Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) Pauh Putra. Terdapat 12 sekolah rendah di seluruh Perlis di bawah Persatuan Tunas Puteri telah melibatkan diri untuk menyertai Kempen Internet Selamat. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang internet dengan cara bermain permainan mengikut Checkpoint yang telah diberikan mengikut kumpulan. Hal ini dapat memberi pendedahan secara interaktif kepada pelajar sekolah dalam memberikan ilmu pengetahuan justeru menarik pelajar untuk sentiasa peka dalam sesi soal jawab yang diberikan oleh fasilitator.

Selain itu, pelajar juga diberikan pendedahan tentang tanggungjawab mereka ketika menggunakan telefon pintar dalam melayari internet agar terhindar dari bahaya seperti cyber grooming, scammer dan sebagainya. Para pelajar juga didedahkan dengan aplikasi pembelajaran yang lebih menarik untuk di teroka seperti Didik Tv, National Geographic, Youtube kids dan sebagainya. NADI juga menyediakan booth wellbeing iaitu pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada pelajar dan ibu bapa Sekolah Kebangsaan Oran.

Sehbungan dengan itu, adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada komuniti tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, komuniti juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara..