dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batas Lintang, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Webinar Pemasaran Digital AI Untuk Mancipta Kandungan Dan Mengurus Pemasaran (E-Kelas)

5 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Jun 2025, Staf NADI telah menyediakan tempat webinar usahawan kepada peserta yang bertajuk Pemasaran Digital AI Untuk Mencipta Kandungan Dan Mengurus Pemasaran (E-Kelas). Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempelajari dari pandangan pakar mengenai strategi pemasaran digital kerana pada masa kini, pemasaran menggunakan media sosial adalah tinggi berbanding dahulu.

Selain itu, sesi ini memberi pendedahan kepada penciptaan kandungan yang strategik daripada pakar mengenai kandungan yang menarik perhatian pembeli dengan poster yang menarik, video yang lengkap dengan maklumat dan sebagainya menggunakan aplikasi AI yang serba canggih dengan hanya menaip ciri – ciri yang diperlukan dengan ringas dan tepat tanpa perlu membuang masa.

Sehubungan dengan itu, program ini juga diadakan untuk meningkatkan kerjasama antara NADI dan komuniti agar penduduk luar bandar tidak ketinggalan dalam mempelajari segala kemudahan ICT dan sebagainya yang telah diadakan di NADI kepada komuniti.

Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara..