PODCAST MEROKOK DAN NAFSU MAKAN (WELLBEING)
2 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 1 Jun 2025, Staf NADI telah menyediakan tempat webinar kesihatan kepada peserta yang bertajuk merokok dan nafsu makan. Tujuan podcast ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan agar dijauhi dari menghidapi penyakit melalui ketagihan merokok dan nafsu makan yang tinggi ke arah tidak berkhasiat.
Selain itu, podcast ini juga ingin mendedahkan tentang akibat yang negatif daripada ketagihan merokok seperti masalah paru – paru, masalah jantung, pernafasan terganggu dan sebagainya. Punca ini juga boleh menyebabkan gangguan emosi kerana pesakit menjadi tidak tentu arah apabila tidak merokok walaupun sehari. Sehubungan dengan itu, pemakanan yang tidak sihat juga menjadi punca lebih teruk kerana gangguan tersebut menjadi kait rapat apabila seseorang tidak menjaga kesihatan dengan baik.
Kesimpulanya, dengan adanya program seperti ini ia mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: