dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batas Lintang, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

WORLD QURAN HOUR

26 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Mac 2025, Staf NADI telah berkerjasama dengan pihak Perpustakaan Desa Tambun Tulang dalam mengadakan program World Quran Hour yang diadakan di Perpustakaan Desa Tambun Tulang. Tujuan program diadakan adalah untuk memperingati dan membaca Quran bersama dan memberi kesedaran dalam kesucian bulan Islam.

Selain itu, program ini juga mengadakan pertandingan mewarna sampul duit raya oleh kanak – kanak dari Tadika Pasti untuk memeriahkan majlis tersebut. Hadiah hamper disediakan kepada kanak-kanak yang menyertai pertandingan dan sambutan yang diadakan disambut dengan meriah. Sehubungan dengan itu, staf NADI juga menagmbil kesempatan dalam mempromosikan NADI kepada komuniti untuk memberi pendedahan tentang NADI denagn lebih lanjut.

Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara..