Program Komuniti MADANI
21 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 25 Januari 2025, NADI telah menerima jemputan daripada Jabatan Penerangan dan MCMC untuk mengadakan Program Komuniti Madani di NADI Batas Lintang. Program ini berlangsung pada pukul 2.30 petang sehingga 4.30 petang dan tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi penerangan kelas ICT yang akan diadakan di NADI untuk komuniti pada masa akan datang. Program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan taraf celik IT dari kalangan komuniti luar bandar agar tidak ketinggalan dalam era globalisasi kini.
Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi penerangan tentang perkhidmatan pintar yang telah disediakan untuk komuniti di NADI seperti Mahir Masak, Mahir Jahitan, Mahir Pertanian, Mahir Fotografi dan Mahir baiki gajet. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada komuniti setempat yang kurang berkemampuan untuk mempelajari bidang yang mereka minati dan mempunyai kekangan masa untuk menghadiri kursus kerana kursus yang disediakan adalah mengikut kesesuaian masa komuniti.
Kesimpulanya, dengan aktiviti – aktiviti yang disediakan di NADI, dapat merapatkan hubungan NADI bersama komuniti dan juga memperkenalkan NADI kepada masyarakat sebagai pusat pembelajaran pelbagai fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: