dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batas Lintang, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Sambutan Bulan Kesedaran Kanser (LPPKN)

21 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Januari 2025, NADI telah menerima jemputan daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk mengadakan Program Sambutan Bulan Kesedaran Kanser di Lembah Saerah di Utan Aji. Program ini berlangsung pada pukul 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi penerangan tentang bahaya kanser serviks dan tanda – tanda awal penyakit kanser di dalam badan kepada komuniti.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi penerangan tentang cara pemeriksaan awal untuk mengetahui tentang cara penggunaan bahan kesihtatan yang disediakan kepada komuniti dalam pemeriksaan kesihatan berkaitan kanser serviks. Tujuan ia dilakukan adalah untuk mencegah daripada berlakunya penularan kanser di dalam badan dan jika ia berlaku, dapat mencegahnya dari awal justeru dapat mengurangkan penyakit tersebut daripada merebak.

Kesimpulanya, dengan aktiviti – aktiviti yang disediakan di NADI, dapat merapatkan hubungan NADI bersama komuniti dan juga memperkenalkan NADI kepada masyarakat sebagai pusat pembelajaran pelbagai fungsi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara..