dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batas Lintang, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Mari Mengenali Haiwan

4 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 03 Januari 2025, telah berlangsung program Mari Mengenali Haiwan. Program ini berlangsung di Tadika Islam Perlis Al Islahiah bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga 11:30 pagi. Antara NADI yang terlibat adalah NADI Batas Lintang dan NADI Padang Besar Selatan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai haiwan-haiwan di Malaysia.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program Mari Mengenali Haiwan adalah Staf NADI menerangkan haiwan-haiwan yang berkaki empat, berkaki dua serta mempunyai ekor. Selain itu, Staf NADI turut menerangkan bahagian-bahagian tubuh badan haiwan seperti kaki, mata, sayap, paruh dan sebagainya. Akhir sekali, Pelajar mengeja dan membaca nama haiwan dalam Bahasa Inggeris serta menjawap soalan kuiz yang diberikan.

Dengan adanya program seperti ini, ianya memberikan pengetahuan kepada pelajar tadika dan guru tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, pelajar dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai haiwan. Melalui program ini, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar, iaitu Tadika Islam Perlis Al Islahiah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara..