PENGENALAN KURSUS MAHIR DI NADI BATAS LINTANG
26 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 21, 22, 23 dan 25 Julai 2025, Staf NADI telah menyediakan tempat kepada komuniti untuk menghadiri kelas Mahir secara online di NADI Batas Lintang. Antara kursus mahir yang telah disediakan di NADI ialah Mahir masak, jahitan, fotografi, pertanian pintar dan baiki gajet. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk berkongsikan ilmu pengetahuan secara percuma kepada komuniti dan menarik minat mereka untuk berkunjung ke NADI.
Selain itu, kursus ini juga menyediakan peralatan asas kepada pelajar yang telah berdaftar di bawah NADI mengikut kelas yang mereka minati dengan mudah. Pelbagai faedah dapat diberikan kepda kepada komuniti ia memberi pendedahan tentang cara untuk menyediakan atau mengendalikan sesuatu bidang itu melalui tunjuk ajar dari para cikgu yang bertauliah melalui kelas mahir. Sijil penyertaan juga diberikan kepada pelajar yang mengikuti kursus dengan komited dan menghadiri kelas dengan baik.
Sehubungan dengan itu, program ini juga diadakan untuk meningkatkan kerjasama antara NADI dan komuniti agar penduduk luar bandar tidak ketinggalan dalam mempelajari segala kemudahan ICT dan sebagainya yang telah diadakan di NADI kepada komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: