KEMPEN INTERNET SELAMAT @ SK LONG BOH
24 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 23 Julai 2025, NADI dan pihak MCMC telah berkerjasama dalam mengadakan Kempen Internet Selamat yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Long Boh, Parlimen Arau. Terdapat lebih kurang 80 orang pelajar tahap 2 sekolah tersebut telah menyertai Kempen Internet Selamat. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang internet dengan cara bermain permainan mengikut checkpoint yang telah diberikan mengikut kumpulan. Hal ini dapat memberi pendedahan secara interaktif kepada pelajar sekolah dalam memberikan ilmu pengetahuan justeru menarik pelajar untuk sentiasa peka dalam sesi soal jawab yang diberikan oleh fasilitator.
Selain itu, pelajar juga diberikan pendedahan tentang tanggungjawab mereka ketika menggunakan telefon pintar dalam melayari internet agar terhindar dari bahaya seperti cyber grooming, scammer dan sebagainya. Para pelajar juga didedahkan dengan aplikasi pembelajaran yang lebih menarik untuk di teroka seperti Didik Tv, National Geographic, Youtube kids dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu, adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada komuniti tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, komuniti juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: