Pertandingan Mobile Legend Anjuran Perpustakaan Awam Kuala Perlis
24 Disember 2025 | Aktiviti TerkiniPada 23 Disember 2025, NADI dijemput oleh Perpustakaan Awam untuk mengadakan Pertandingan Mobile Legend bertempat di Perpustakaan Awam Kuala Perlis. Sebanyak 8 kumpulan dari komuniti Kuala Perlis telah mendaftarkan diri untuk pertandingan tersebut.
Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menarik minat komuniti tanpa mengira bangsa dan umur untuk menceburi bidang kerjaya dalam E-Sukan kerana terdapat manfaatnya yang tersendiri. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mengisi masa lapang pelajar semasa musim cuti persekolahan dengan aktiviti yang berfaedah.
Kesimpulan dari program tersebut, NADI berharap agar dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: