PERTANDINGAN MOBILE LEGEND PERINGKAT NEGERI PERLIS
27 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 26 April 2025, NADI telah mengadakan Pertandingan Mobile Legend Bang bang ke peringkat NADI Negeri Perlis bermula pada 9.00 pagi sehingga 3.00 Petang. Sebanyak 17 NADI seluruh Perlis telah berentap dalam pertandingan tersebut dan hadiah lumayan juga disediakan kepada pemenang dan pertandingan ini mendapat tempat di hati remaja pada masa kini. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menarik minat komuniti dalam berusaha untuk peroleh kejayaan melalui bidang yang mereka minati tanpa membuang masa justeru menarik minat mereka dalam sukan Mobile Legend yang boleh menghasilkan wang ringgit kepada mereka kerana sukan Mobile Legend juga adalah suatu kerjaya.
Sebelum pertandingan dimulakan, para peserta pertandingan Mobile Legend diberikan beberapa taklimat kesedaran seperti Mentaliti Juara, Kod Etika semasa pertandingan, Kelas Kesedaran Literasi dan masa hadapan komuniti dan sebagainya. Tujuan taklimat diadakan adalah memupuk semangat peserta dalam menyertai pertandingan ini.
Kesimpulan dari program tersebut, NADI berharap agar dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: