Program Jom Membaca 10 Minit Perpustakaan Tambun Tulang
23 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 April 2025, NADI bersama Perpustakaan Desa Tambun Tulang telah melancarkan program Jom Membaca 10 Minit Bersama yang telah diadakan di Perpustakaan Desa Tambun Tulang. Pelbagai aktiviti telah disediakan dan turut serta pelajar Tadika Pasti dan para ibu bapa dalam memeriahkan program. Jamuan makan perayaan Hari Raya juga diadakan selepas program selesai untuk mengeratkan hubungan silaturahim. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat suka membaca antara masyarakat dengan meluangkan hanya 10 minit sehari.
Kesimpulanya, dengan hasil kerjasama dalam menjayakan aktiviti ini, pihak NADI Batas Lintang, Perpustakaan Tambun Tulang dan Kolej Komuniti Arau dapat menjalinkan hubungan baik dengan kerjasama dan dapat mempromosikan kelebihan NADI kepada komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: