Ayuh Lindungi Data Privasi Kita
20 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 19 April 2025, Staf NADI telah menyediakan tempat untuk peserta webinar mengenai Ayuh Lindungi Data Privasi Kita yang diadakan di NADI Batas Lintang. perjumpaan bersama Komuniti Madani iaitu penduduk Kampung Simpang Empat dan Batas Lintang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang kepentingan melindungi data daripada dicuri oleh orang yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan diri, alamat rumah dan sebagainya.
Selain itu, peserta juga diberi taklimat oleh staf NADI berkenaan dengan Keselamatan Dalam Talian serta memberi sedikit sebanyak tentang inisiatif MCMC dalam meningkatkan keselamatan internet pada era serba canggih kini.
Sehubungan dengan itu, program ini juga diadakan untuk meningkatkan kerjasama antara NADI dan komuniti agar penduduk luar bandar tidak ketinggalan dalam mempelajari segala kemudahan ICT dan sebagainya yang telah diadakan di NADI kepada komuniti.
Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: