Cybersecurity @ Jamuan Raya KEMAS
16 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 15 April 2025, Staf NADI telah berkerjasama dengan pihak KEMAS DALAM mengadakan jamuan makan sempena bulan perayaan yang diadakan di NADI Batas Lintang. Tujuan jamuan ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak KEMAS, staf NADI dan Komuniti Batas Lintang, Simpang Empat.
Selain itu, pihak NADI berkesempatan untuk mengadakan taklimat Cybersecurity yang bertajuk Keselamatan Dalam Talian yang menekanken berkenaan dengan ”scammer” yang kian berleluasa. Sehubungan dengan itu, program ini juga diadakan untuk meningkatkan kerjasama antara NADI dan komuniti agar penduduk luar bandar tidak ketinggalan dalam mempelajari segala kemudahan ICT dan sebagainya yang telah diadakan di NADI kepada komuniti.
Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: