dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batas Lintang, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Keselamatan Dalam Talian @ Komuniti Madani

5 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 5 April 2025, Staf NADI telah mengadakan perjumpaan bersama Komuniti Madani iaitu penduduk Kampung Simpang Empat dan Batas Lintang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pengajaran tentang cara mendaftar akaun Jaringan Sejati Madani kepada komuniti agar setiap aktiviti yang diadakan di NADI akan sentiasa di kemaskini di laman sesawang tersebut.

Selain itu, komuniti juga diberi taklimat oleh staf NADI berkenaan dengan Keselamatan Dalam Talian serta memberi sedikit sebanyak tentang inisiatif MCMC dalam meningkatkan keselamatan internet pada era serba canggih kini.

Sehubungan dengan itu, program ini juga diadakan untuk meningkatkan kerjasama antara NADI dan komuniti agar penduduk luar bandar tidak ketinggalan dalam mempelajari segala kemudahan ICT dan sebagainya yang telah diadakan di NADI kepada komuniti.

Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara..