Webinar Keselamatan Siber Dalam Esports
9 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 8 Mac 2025, Staf NADI telah mengadakan webinar Keselamatan Siber Dalam Esports yang diadakan di NADI Batas Lintang secara dalam talian. Tujuan webinar ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada komuniti agar tetap menjaga akaun mereka dengan baik daripada digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Selain itu, webinar ini juga membantu komuniti agar sentiasa berhati-hati dalam penggunaan internet dan memantapkan sifat positif dalam penggunaan internet kepada peserta.
Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: