Tiny Techies Workshop Phyton
9 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 8 Mac 2025, Staf NADI telah mengadakan webinar Tiny Techies Workshop Phyton yang diadakan di NADI Batas Lintang secara dalam talian. Tujuan webinar ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada komuniti yang berminat dalam bidang programming komputer ke arah lebih tinggi.
Selain itu, webinar ini juga membantu komuniti agar tidak ketinggalan dalam dunia siber dan memantapkan sifat positif dalam penggunaan internet kepada peserta.
Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: