Pemantauan dan Perlindungan Kepada Kanak-kanak (NESDEG Teras 3)
9 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 8 Mac 2025, Staf NADI telah mengadakan webinar secara atas talian berkenaan e-sukan yang bertajuk Pemantauan dan Perlindungan Kepada Kanak-kanak (NESDEG Teras 3) yang diadakan di NADI Batas Lintang.Tujuan webinar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang kesan negatif dan positif permainan atas talian atau media sosial kepada kanak-kanak.
Selain itu, webinar ini juga diadakan untuk meningkatkan kesedaran kepada kanak-kanak tentang kesan dan bahaya jika menyalahgunakan internet sehingga menyebabkan impak yang negatif kepada diri kanak-kanak tersebut. Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga turut bertanggungjawab dalam memantau setiap aktiviti kanak-kanak agar tidak berlibihan dalam melayari internet sehingga melalaikan mereka.
Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: