Program Khas Merdeka Dan Hari Malaysia @ Nadi
8 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 7 September 2025, seluruh NADI di Malaysia telah mengadakan Program Khas Merdeka Dan Hari Malaysia @ NADI yang dirasmikan oleh Menteri Komunikasi Yang Berhormat Datuk Fahmi Fadzil secara dalam talian.
Antara aktiviti pembelajaran sepanjang hayat (MAHIR) yang diadakan di NADI ialah pendaftaran ahli NADI secara percuma, pemeriksaan kesihatan, demonstrasi masakan resepi Crab Rangoon, mahir baiki gajet dan kelas MAHIR lain seperti Mahir jahitan, mahir pertanian pintar dan mahir fotografi turut di hebahkan kepada komuniti setempat.
Selain itu, NADI juga menjemput pelajar Tahfiz dari Ar-Raudhah Behor Mali dan komuniti Batas Lintang untuk memeriahkan suasana dengan mengibarkan Jalur Gemilang secara dalam talian semasa kunjungan YB Datuk Fahmi Fadzil ke NADI yang terpilih. Program diadakan dengan meriah dan kerjasama dari komuniti setempat sangat membantu pihak NADI.
Kesimpulan dari program tersebut, NADI berharap agar dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: