Program Pelancaran Pelan Bandar Pintar Perlis
5 September 2025 | Aktiviti Terkini Pada 4 September 2025, wakil seluruh NADI dari negeri Perlis berkerjasama dengan pihak SSO dan MCMC untuk membuka pameran yang diadakan di Dewan 2020, Kangar sempena Pelancaran Pelan Bandar Pintar yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis, YAB Tuan Mohd Shukri Ramli.
Pihak NADI telah membuka pameran seperti Pertandingan E-Sukan Mobile Legend, DiLea, Pertanian Pintar (Mahir), NADI Usahawan, pemeriksaan kesihatan, pembukaan keahlian secara percuma dan kuiz berkenaan Kempen Internet Selamat bersama MCMC.
Selain pameran dari pihak NADI, terdapat beberapa agensi lain yang turut terlibat dalam menjayakan program tersebut seperti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), agensi Telco CelcomDigi dan Maxis, jualan RAHMAH serta jualan menarik daripada pelbagai jenis menu makanan oleh peniaga tempatan.
Kesimpulan dari program tersebut, NADI berharap agar dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: