Mahir Foto X Kelas Suntingan Gambar (Vsco Apps)
30 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 29 May 2025, Staf NADI telah menyediakan tempat kepada komuniti untuk menghadiri kelas Mahir Foto di atas talian mengenai Suntingan Gambar menggunakan aplikasi VSCO. Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsikan ilmu pengetahuan tentang cara – cara peserta ingin menyunting gambar poster, kad kahwin, kad perniagaan dan sebagainya menggunakan aplikasi yang mudah dan sering digunakan oleh usahawan percetakan di Malaysia.
Selain itu, kelas ini juga memberi faedah kepada komuniti kerana ilmu suntingan gambar ini dapat memberi pendedahan tentang cara – cara peserta mengambil gambar dengan betul berpandukan cahaya dan tempat. Isi kandungan di dalam gambar seperti poster juga penting dengan menentukan kedudukan dan format penulisan yang sesuai agar kelihatan lebih jelas dan mudah difahami.
Sehubungan dengan itu, program ini juga diadakan untuk meningkatkan kerjasama antara NADI dan komuniti agar penduduk luar bandar tidak ketinggalan dalam mempelajari segala kemudahan ICT dan sebagainya yang telah diadakan di NADI kepada komuniti.
Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: