Webinar Nadi Safe & Shield : Saya Mesti Elak Dari Buli Siber
1 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 28 Februari 2025, NADI telah mengadakan webinar safe & shield yang bertajuk Saya Mesti Elak Dari Buli Siber. Tujuan webinar diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti agar tidak menjadi mangsa buli siber dan tidak juga menjadi si pembuli siber.
Selain itu, webinar ini juga memberi pendedahan tentang kesan negatif yang akan berlaku jika buli siber menjadi berleluasa contohnya mangsa buli akan terganggu mental dan fizikal, kejadian meragut nyawa dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, inisiatif ini juga dapat membantu mengurangkan kadar buli siber dan penyalahgunaan internet kepada komuniti.
Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada komuniti tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, komuniti juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: