Mahir Gajet X Cara Menukar Lcd Telefon Pintar (Curve Edition)
28 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 27 May 2025, Staf NADI telah menyediakan tempat webinar Mahir Gajet kepada peserta tentang cara menurkar LCD telefon pintar (Curve Edition). Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsikan ilmu pengetahuan tentang cara – cara peserta ingin menukar LCD telefon pintar yang berbentuk “curve” dengan percuma.
Selain itu, kelas ini juga memberi faedah kepada komuniti kerana dengan ilmu pengetahuan secara percuma ini mungkin dapat melahirkan peserta usahawan Baiki Gajet dengan membuka usahawan secara kecil – kecilan di rumah.
Sehubungan dengan itu, program ini juga diadakan untuk meningkatkan kerjasama antara NADI dan komuniti agar penduduk luar bandar tidak ketinggalan dalam mempelajari segala kemudahan ICT dan sebagainya yang telah diadakan di NADI kepada komuniti.
Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: