Kesihatan dan Kesejahteraan Dalam E-Sukan
28 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 27 Februari 2025, NADI memberi peluang kepada komuniti untuk menyertai taklimat secara dalam talian mengenai Kesihatan dan Kesejahteraan Dalam E-Sukan. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi penerangan tentang bagaimana Sukan Elektronik Mobile Legend Bang Bang yang terkenal di kalangan remaja dapat menjadikan sebagai sukan kebangsaan dan bagaimana kesihatan dan kesejahteraan dapat diterapkan ketika menyertai permainan.
Selain itu, taklimat ini juga dapat menarik minat komuniti dalam menceburi bidang sukan e-sukan kerana dapat menjadikan peserta mempunyai sikap berdaya saing yang baik dalam pertandingan dan mengekalkan emosi mental dan fizikal ketika dalam permainan.
Sehubungan dengan itu, adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada komuniti tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, komuniti juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: