Kerjaya Dalam Bidang E-Sukan
28 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 27 Februari 2025, NADI memberi peluang kepada komuniti untuk menyertai taklimat secara dalam talian mengenai Kerjaya Dalam Bidang E-Sukan. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi penerangan tentang bagaimana Sukan Elektronik Mobile Legend Bang Bang yang terkenal di kalangan remaja dapat menjadikan sebagai suatu kerjaya dengan hanya bermain permainan di atas talian.
Selain itu, taklimat ini juga dapat menarik minat komuniti dalam menceburi bidang sukan e-sport tanpa membuang masa dengan permainan tidak berfaedah selain mampu menjana pendapatan.
Sehubungan dengan itu, adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada komuniti tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, komuniti juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: