Taklimat Keselamatan Dalam Talian (Smk Syed Alwi)
25 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 24 Februari 2025, NADI dan pihak MCMC telah berkerjasama dalam mengadakan taklimat mengenai Keselamatan Dalam Talian yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, Kangar Perlis. Turut terlibat dalam menjayakan program tersebut ialah NADI Sungai Bakong, NADI Pokok Jawi, NADI Batas Lintang, NADI Padang Besar Selatan, NADI RPA Arau, dan NADI Kampung Surau.
Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan internet terhadap pelajar dan impak negatif jika apabila menggunakan internet secara berlebihan. Hal ini penting kerana terlalu banyak maklumat palsu dan buli siber yang berleluasa sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan wang ringgit.
Sehbungan dengan itu, adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada komuniti tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, komuniti juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: