Majlis Berbuka Puasa Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Jejawi Perlis
23 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 Mac 2025, NADI dijemput oleh MCMC untuk bersama berbuka puasa di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Jejawi Perlis untuk beramah mesra dan memberi taklimat Keselamatan dan Kesedaran dalam talian sebelum majlis berbuka diadakan.
Selain itu, majlis ini juga memberi pengalaman merasakan saat berbuka bersama anak yatim dan memberi sumbangan duit raya dari pihak MCMC kepada anak – nak yatim tersebut. Sehubungan dengan itu, majlis ini juga mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak MCMC, NADI dan Anak Yatim Jejawi.
Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: