Memperkasakan Usahawan Malaysia Melalui Pemasaran Digital (E-Kelas)
21 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 20 Mac 2025, Staf NADI telah menyediakan tempat webinar kepada peserta yang bertajuk Memperkasakan Usahawan Malaysia Melalui Pemasaran Digital (E-Kelas). Tujuan webinar ini diadakan adalah untuk membantu usahawan dalam menyusun atur strategi pemasaran digital agar pemasaran produk perniagaan berjalan lancar. Selain itu, peserta juga diberi tunjuk ajar tentang cara penulisan iklan yang betul mengikut format yang berkesan agar pelanggan tertarik dengan produk yang dipasarkan.
Sehubungan dengan itu, peserta juga diberi pendedahan tentang cara untuk merancang perniagaan dan mengurukur impak dari hasil penjualan sama ada ia berkesan atau perlu di tambah baik ke masa hadapan.
Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: