Belajar Menggunakan Chatgpt Ai
17 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 16 Februari 2025, NADI mengadakan perjumpaan untuk mengadakan pembelajaran mengenai ChatGPT AI di Pesta Angin Timur bersama pihak MCMC Perlis. Aplikasi ini menjadi pilihan kerana selain mengikut peredaran zaman digital, inisiatif ini juga mampu membantu komuniti dalam urusan kerja seharian agar menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa kerja.
Selain itu, staf NADI juga memberi tunjuk ajar tentang cara menggunakan prompt yang betul ketika menggunakan ChatGPT AI agar memudahkan pemilihan pencarian yang tepat seperti pemilihan poster bergambar dan sebagainya. Pemilihan prompt yang lengkap dan baik dapat memberikan tarikan kepada masyarakat yang melihat adalah amat penting.
Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada komuniti tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, komuniti juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: