Ancaman Cyber Dalam E-Sport
16 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mac 2025, Staf NADI menyediakan tempat webinar kepada komuniti yang berminat untuk mendengar taklimat berkenaan Ancaman Cyber Dalam E-sport. Webinar tersebut diadakan di NADI Batas Lintang bermula pada pukul 2.00 petang sehingga 3.30 petang.
Tujuan webinar diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang bahaya ancaman cyber dalam e-sport di mana akaun pemilik boleh digodam dengan individu tidak bertanggungjawab. Selain itu, komuniti juga diberikan pendedahan tentang pelbagai kesan negatif setelah akaun hak milik digodam.
Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: