Webinar Berkala Bahasa Inggeris (DiLea)
16 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mac 2025, Staf NADI telah mengadakan Webinar Berkala Bahasa Inggeris oleh pihak DiLea yang telah diadakan di NADI Batas Lintang pada pukul 2.00 petang sehingga 4.00 petang.
Tujuan webinar ini diadakan adalah untuk memberi pelajaran bahasa inggeris kepada komuniti secara terbuka kepada yang berminat untuk belajar. Selain itu, webinar ini juga memberi pendedahan tentang pembelajaran bahasa inggeris yang berkesan dan mudah difahami kepada yang sukar untuk belajar inggeris.
Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: