dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batas Lintang, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Editing Poster Canva (Entreprenuer)

14 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Februari 2025, NADI memberi peluang terbuka kepada komuniti setempat untuk mempelajari cara untuk membuat poster menggunakan aplikasi CANVA. Aplikasi ini menjadi pilihan staf NADI kerana formatnya yang mudah diguna pakai dan template menarik yang boleh dipilih mengikut kesesuaian komuniti. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menarik minat komuniti yang ingin menjadi usahaan dalam membuat poster. Hal ini kerana poster adalah amat penting kepada setiap peniaga untuk memasarkan produk dan memperkenalkan jualan kepada masyarakat.

Selain itu, staf NADI juga memberi tunjuk ajar tentang cara menggunakan format untuk membuat poster dengan betul kerana gambaran untuk tarikan kepada masyarakat yang melihat adalah amat penting.

Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada komuniti tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, komuniti juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2025 Semua Hakcipta Terpelihara..