Keselamatan dan Risiko dalam Talian (Cybersecurity) @ Giatmara
11 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 -13 Mac 2025, Staf NADI telah mengadakan taklimat Keselamatan dan Risiko dalam Talian (Cybersecurity) kepada pelajar Giatmara yang diadakan di NADI RPA arau. Tujuan taklimat diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang bahaya dalam talian yang berleluasa pada zaman kini. Selain itu, taklimat ini juga adalah untuk memberi pendedahan tentang keselamatan ketika menggunakan aplikasi internet agar perkara negatif dapat dielakkan.
Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: