Conney Beef Sausage (Cheff Cilik)
11 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Februari 2025, NADI dan KEMAS telah mengadakan kelas masakan bersama Cheff Cilik iaitu Conney Beef Sausage. Seramai 10 orang peserta kanak – kanak telah menghadiri kelas masakan tersebut dan tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk menarik minat kanak – kanak dalam bidang masakan asas yang mudah untuk mereka laksanakan.
Selain kanak – kanak, ibu bapa juga turut membantu dalam melaksanakan tugas masakan mereka dan justeru NADI engambil kesempatan untuk mengajar mereka cara untuk menjadi usahawan melalui hebahan produk. Sehubungan dengan itu, kelas ini juga mampu memantapkan kreativiti dalam mempersembahkan hidangan mereka semasa menjalani kelas masakan.
Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada komuniti tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, komuniti juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: