Malaysia ICT Volunteer @ School 2024
27 September 2024 | Aktiviti TerkiniNADI telah Dijemput oleh MCMC untuk bersama-sama menjayakan Program Malaysia ICT Volunteer @ School 2024 pada 26 September 2024 bertempat di Hotel Putra Brasmana Kuala Perlis. Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada sukarelawan yang telah berjaya melibatkan diri selama program berlangsung. Antara aktiviti lain yang telah diadakan selama program berjalan ialah taklimat advokasi yang telah diberikan oleh NADI dan pihak MCMC. Tidak ketinggalan juga wakil PDRM ASP Rosilawati dari IPK Kangar memberikan taklimat kesedaran tentang isu semasa iaitu bahaya gangguan seksual kepada kanak – kanak yang semakin meningkat di Malaysia. Antara NADI lain yang turut membantu ialah NADI Kampung Surau, NADI Batas Lintang dan NADI Tambun Tulang.
Kesimpulan dari program tersebut, NADI berharap agar dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: