dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batas Lintang, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Hari Sukan Perpustakaan Desa Kampung Balik Bukit

26 Oktober 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Oktober 2024, NADI menerima jemputan dari Perpustakaan Desa Kampung Balik Bukit Chuping untuk menjayakan Program Hari Sukan bersama stAf yang di adakan di Bowling Bowl, Kangar. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang kepentingan bersukan dalam aspek kesihatan kepada staf agar mereka lebih mementingkan kekuatan fizikal dan mental yang baik. Selain itu, program ini juga diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara staf dalam meluangkan masa bersama ketika program berlangsung. Antara NADI yang terlibat dalam program tersebut ialah NADI Batas Lintang, NADI Kampug Surau, NADI RPA Arau dan NADI Tambun Tulang. Program berjalan dengan lancar dan peserta memberi kerjasama dengan baik. Sehubungan dengan itu, acara pemberian hadiah juga turut diadakan di akhir majlis dan jamuan makan disediakan kepada peserta yang hadir setelah penat lelah mereka menyertai program tersebut.

Kesimpulan dari program tersebut, NADI berharap agar dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara..