dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batas Lintang, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Taklimat Kesedaran Kerjaya Mobile Legend Bang Bang Minggu ke 3 & 4

17 November 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 16 November 2024, NADI telah mengadakan program Taklimat Kesedaran Kerjaya E-sukan Mobile Legend Bang Bang bersama peserta yang layak untuk memasuki pertandingan MLBB ke peringkat NADI Negeri Perlis. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang kerjaya melalui permainan mobile legend. Hal ini bertujuan untuk menarik minat komuniti dalam berusaha untuk peroleh kejayaan melalui bidang yang mereka minati kerana pada era globalisasi kini, platform permainan secara atas talian telah menjadi akses paling popular di kalangan masyarakat Gen Z. Selain itu, e-sukan ini juga bertujuan untuk membina ruang kepada komuniti yang suka permainan secara langsung untuk bersikap berdaya saing ke arah lebih baik dan positif.

Kesimpulan dari program tersebut, NADI berharap agar dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara..