Mengenali Musim dan Cuaca di Malaysia
21 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 20 Disember 2024, NADI dan Tadika Islam Al-Islahiyah telah berkerjasama menjayakan aktiviti Mengenal Musim Dan Cuaca Di Malaysia. Antara NADI yang terlibat ialah NADI Tambun Tulang, NADI Padang Besar Selatan dan NADI Batas Lintang. Antara aktiviti yang diadakan adalah mengenali mewarna dan mengenali cuaca yang terdapat dalam dan luar negara. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar tadika untuk pengetahuan asas tentang negara. Sehubungan dengan itu, NADI mengambil pendekatan ini untuk menggalakkan lagi komuniti untuk datang ke NADI dalam memerlukan apa jua kemudahan dan pelajaran yang dapat diberikan dengan baik.
Kesimpulanya, dengan aktiviti – aktiviti yang disediakan di NADI, dapat merapatkan hubungan NADI bersama komuniti dan juga memperkenalkan NADI kepada masyarakat sebagai pusat pembelajaran pelbagai fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: