Program Jom ke Perpustakaan Anjuran Perpustakaan Desa Tambun Tulang
12 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 11 Disember 2024, NADI dan Perpustakaan Desa Tambun Tulang telah berkerjasama menjayakan Program Jom Ke Perpustakaan Anjuran Perpustakaan Desa Tambun Tulang. Antara NADI yang terlibat ialah NADI Tambun Tulang, NADI Padang Besar Selatan dan NADI Batas Lintang. Antara aktiviti yang diadakan adalah Taklimat Advokasi Klik dengan Bijak, memperkenalkan fungsi NADI kepada komuniti, pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna untuk kanak – kanak dan pertandingan memancing untuk komuniti sekitar. Tujuan ia diadakan adalah memberi pendedahan tentang kepentingan ilmu yang disediakan di perpustakaan dan juga NADI serta mengeratkan silaturahim antara komuniti setempat dan kakitangan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan pemeriksaan asas kesihatan kepada komuniti kerana budaya pemakanan yang tidak sihat semakin berleluasa menyebabkan komuniti cenderung untuk mencuba dan akhirnya menjejaskan kesihatan akan datang. Staf NADI juga bertanggungjawab untuk memberi nasihat awal agar komuniti yang mempunyai masalah kesihatan untuk segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan susulan. Sehubungan dengan itu, NADI mengambil pendekatan ini untuk menggalakkan lagi komuniti untuk datang ke NADI dalam memerlukan apa jua kemudahan dan pelajaran yang dapat diberikan dengan baik.
Kesimpulanya, dengan aktiviti – aktiviti yang disediakan di NADI, dapat merapatkan hubungan NADI bersama komuniti dan juga memperkenalkan NADI kepada masyarakat sebagai pusat pembelajaran pelbagai fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: