Taklimat Cybersecurity
9 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 8 Disember 2024, NADI telah mengadakan program Advokasi @ Taklimat Cybersecurity bersama pelajar dari pelbagai sekolah menengah di negeri Perlis. Taklimat diadakan di NADI Batas Lintang dan program berlangsung dari pukul 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Antara taklimat program adalah mengenai siber buli dan kesan negatif dalam kesalahan penggunaan internet. Tujuan taklimat diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang bahaya siber buli dan kesannya kepada komuniti melalui isu – isu semasa berkenaan dengan internet. Sehubungan dengan itu, NADI juga mengambil pendekatan ini untuk menggalakkan lagi komuniti untuk datang ke NADI dalam memerlukan apa jua kemudahan dan pelajaran yang dapat diberikan dengan baik dan menggunakn internet dengan bijak.
Kesimpulanya, dengan pelbagai program yang disediakan di NADI, dapat merapatkan hubungan NADI bersama komuniti dan juga memperkenalkan NADI kepada masyarakat sebagai pusat pembelajaran pelbagai fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: