Kenali Nama-Nama Negeri dan Bendera di Malaysia
7 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 6 Disember 2024, NADI dan Tadika Islam Al-Islahiyah telah berkerjasama menjayakan aktiviti Kenali Nama – Nama Negeri Dan Bendera Di Malaysia. Antara NADI yang terlibat ialah NADI Tambun Tulang, NADI Padang Besar Selatan dan NADI Batas Lintang. Antara aktiviti yang diadakan adalah mengenali Negeri dan bendera Malaysia serta mengeja nama – nama negeri di Malaysia. Tujuan ia diadakan adalah memberi pendedahan tentang kepentingan mengenali 14 negeri di Malaysia serta mengamalkan budaya membaca dan mengeja di kalangan kanak – kanak. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berfikir kanak – kanak ketika mengeja nama negeri yang telah di berikan oleh staf NADI. Sehubungan dengan itu, NADI mengambil pendekatan ini untuk menggalakkan lagi komuniti untuk datang ke NADI dalam memerlukan apa jua kemudahan dan pelajaran yang dapat diberikan dengan baik.
Kesimpulanya, dengan aktiviti – aktiviti yang disediakan di NADI, dapat merapatkan hubungan NADI bersama komuniti dan juga memperkenalkan NADI kepada masyarakat sebagai pusat pembelajaran pelbagai fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: