Program Jelajah Literasi : Meneroka Perpustakaan dan Inspirasi Ilmu 2024 Zon 4 Negeri Perlis
2 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 1 Disember 2024, NADI dan Perpustakaan Desa Tambun Tulang telah berkerjasama menjayakan Program JELAJAH LITERASI : MENEROKA PERPUSTAKAAN DAN INSPIRASI ILMU 2024 ZON 4 NEGERI PERLIS. Antara NADI yang terlibat ialah NADI Tambun Tulang, NADI Padang Besar Selatan dan NADI Batas Lintang. Antara aktiviti yang diadakan adalah Advokasi Klik dengan Bijak, S.A.F.E and S.H.I.E.L.D, serta pemeriksaan kesihatan. Tujuan ia diadakan adalah untuk melahirkan kanak kanak celik IT dan memberi peluang pendedahan kepada kanak-kanak tentang risiko dalam talian. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran tentang paras kesihatan komuniti. Sehubungan dengan itu, NADI mengambil pendekatan ini untuk menggalakkan lagi komuniti untuk datang ke NADI dalam memerlukan apa jua kemudahan dan pelajaran yang dapat diberikan dengan baik.
Kesimpulanya, dengan aktiviti – aktiviti yang disediakan di NADI, dapat merapatkan hubungan NADI bersama komuniti dan juga memperkenalkan NADI kepada masyarakat sebagai pusat pembelajaran pelbagai fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: