Kincir Angin (STEM)
12 Oktober 2024 | Aktiviti TerkiniPada 11 Oktober 2024, NADI Batas Lintang telah dijemput untuk berkerjasama dengan Tadika Al-Islahiyah dalam menjayakan aktiviti Kincir Angin bersama kanak – kanak berumur 4 tahun sehingga 6 tahun. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar tentang cara membuat kincir angin menggunakan bahan yang disediakan. Selain itu, aktiviti ini menguji cara pemikiran kanak – kanak dan melatih kemahiran motor semasa aktiviti sedang berlangsung. Antara NADI lain yang turut serta dalam membantu menjayakan aktiviti ini ialah NADI Padang Besar Selatan dan NADI Tambun Tulang.
Kesimpulan dari aktiviti tersebut, NADI berharap agar dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: