dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batas Lintang, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Moh Ngeteh Merdeka @ KKLW Peringkat KEMAS

12 September 2017 | Aktiviti Terkini

Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini dan juga sebagai usaha berterusan dalam memupuk rasa cinta dan sayang kepada Negara Malaysia, KKLW akan menganjurkan program Moh Ngeteh Sambutan Hari Kebangsaan @ KKLW. Program ini berlangsung serentak seluruh Malaysia iaitu pada 11 September 2017 bertempat di Pejabat KEMAS Simpang Empat Perlis.

Penganjuran Program Moh Ngeteh Sambutan Hari Kebangsaan @ KKLW ini adalah bertujuan mencapai objektif seperti, Memupuk, menyemai serta menyuburkan rasa cinta dan sayang kepada Negara; Menyemai semangat patriotik dalam kalangan warga KKLW dan orang awam agar sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan negarawan-negarawan terdahulu dalam usaha memerdekakan, mempertahankan dan memajukan negara; dan Menggalakkan pegawai dan kakitangan Kementerian untuk bersikap lebih kreatif, inovatif dan menyediakan ruang kerja yang menarik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara..